Pengajaran...Permulaan Epik Sengketa Di Sebuah Negeri Di Negara Ini Adalah Kerana Suatu Kesilapan Kefahaman Manusia Dan Mereka Yang Mengakui Beriman Terhadap Persengketaan Yang Melanda. Saban Hari Sepatutnya Peringatan Demi Peringatan Di Tabur Kepada Mereka Yang Mengakui Beriman Kerana Mudah Lupanya Manusia Itu. Ini Bila Timbul Sengketa Maka Timbullah Bijak Pandai Dunia Dan Bijak Pandai Agama Memberikan Pandangan, Hukum, Peringatan Dan Sebagainya. Jika Tiada Apa Yang Berlaku? Duduk Berdiam Diri Bergoyang Goyang Kaki Dan Berpesan Hanya Sesama Sendiri..
"Tiadalah Sama Di Antara Orang2 Yang Duduk (Berdiam Diri) Tanpa Keuzuran Dari Kalangan Orang2 Mukmin Itu Dengan Orang2 Yang Berjuang Pada Jalan Allah Yang Menggunakan Harta Dan Jiwa Raga Mereka. Allah Lebihkan Pangkat Orang2 Yang Berjuang Dengan Harta Dan Jiwa Raga Mereka Daripada Orang2 Yang Duduk Berdiam Diri, Masing2 Allah Menjanjikannya Dengan Kebaikan. Dan Allah Lebihkan Orang2 Yang Berjuang Daripada Orang2 Yang Duduk Berdiam Diri Dengan Pahala Yang Besar..."
(An Nisa: 95)
Dengan Janji Yang Allah Berikan Ini. Masih Dapat Kita Lihat Mereka Yang Kaya Lagi Berharta Serta Kuat Tubuh Badannya, Lebih Gemar Duduk Diam Sahaja Tanpa Melakukan Apa2 Yang Patut Demi Menyumbang Kepada Syiar Agama Allah. Diberikan Lagi Pilihan, Jika Mereka Yang Tidak Mempunyai Kekayaan Maka Dapatlah Kiranya Mereka Menyumbangkan Kekuatan Mereka Demi Mempertahankan Agama Allah. Bukan Itu Sahaja Cara Yang Ada Bagi Menyumbangkan Sesuatu Di Jalan Allah.Begitu Besar Ujian Yang Telah Allah Timpakan Di Dalam Persengketaan Ini. Betapa Kita Dapat Melihat Mereka Yang Benar2 Berjuang Demi Agama, Bangsa Dan Negaranya. Betapa Banyak Pengajaran Yang Terkandung Di Dalam Musibah Ini. Semoga Tidak Terjerumus Menjadi Pemutar Belit, Penipu, Dan Pembelot.
Chi Mi Sono..?
- Andriy Syukri Krevalichenko
- Addicted To Hate I Take More Everyday..The Smile On Your Face Fades..And Horror Takes Its Place..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment