"Mengapa Pula Kami Tidak Akan Beriman Dengan Allah Dan Kebenaran Yang Datang Kepada Kami Serta Kami Berharap Allah Memasukkan Kami Bersama Kaum Yang Salih (Baik-Baik)?..."
Al - Maidah Ayat 84
Huraiannya:-
Apa Halangannya Kami Beriman Dengan Allah?Dan Apa Pula Salahnya Kami Percaya Kepada Perkara2 Yang Hak Lagi Benar,Yang Telah Sampai Kepada Kami Menerusi Lidah Nabi Yang Mulia,Iaitu Nabi Muhammad SAW Setelah Jelas Kepada Kami Bahawa Nabi Itulah Dahulunya Diberitakan Oleh Nabi Allah Isa AS Bakal Di Bangkitkan Di Kemudian Hari?Dan Kerana Itu Pulalah Kami Berharap Mudah Mudahan Tuhan Kami Memasukkan Kami Kedalam Golongan Kaum Yang Baik2,Kaum Yang Mempunyai Iktikad Yang Sihat Dan Kepercayaan Yang Benar,Kaum Yang Mempunyai Kelebihan Yang Besar Dan Budi pekerti Yang Sempurna,Kaum Yang Telah Dapat Kami Saksikan Dengan Mata Kepala Kami Betapa Berubahnya Tingkah Laku Mereka Yang Telah Rosak Pada Zaman Jahiliah Dahulu, Sekarang Menjadi Baik Dan Terpuji, Itulah Kaum Yang Menjadi Pengikut Nabi Muhammad SAW....
Kesimpulannya:-
Tiadalah Halangan Bagi Seseorang Untuk Beriman Jika Telah Ternyata Ada Dalil2 Yang Menguatkan Seseorang Itu Berbuat Demikian.Bahkan Beriman Itu Hukumnya Wajib Dan Mengikuti Syariat Allah Itu Adalah Dituntut....
No comments:
Post a Comment