Bismillahir Rahmanir Rahim...~
"Janganlah Orang2 Mukmin Mengambil Orang2 Kafir Menjadi Pemimpin, Dengan Meninggal Kan Orang2 Mukmin. Dan Sesiapa Yang Berbuat Demikian, Tiadalah Ia Daripada Agama Allah Sedikit Jua Pun, Kecuali Jika Kamu Takut Kepada Mereka Oleh Sesuatu Yang Di Takutkan. Allah Mempertakuti Kamu Dengan Diri-Nya, Dan Kepada Allah Tempat Kembali...."
Huraiannya:
Pada Ayat Ini Diterangkan Bahawa Orang Yang Menyandarkan Nasibnya Kepada Selain Allah Adalah Keliru Dan Ia Tertipu Oleh Kesombongan Dirinya Sendiri. Banyak Ahli Sirah Menyatakan Bahawa Sesetengah Orang Yang Masuk Islam Terpedaya Melihat Ketinggian Dan Kekuatan Orang2 Kafir, Lalu Melantiknya Menjadi Ketua Yang Dimuliakannya....Hal Yang Demikian Tidaklah Ganjil, Kerana Memang Demikian Sifat Manusia..
Ibnu Abbas Meriwayatkan Katanya, Adalah Hajjaj Bin 'Amr Dan Ibnu Abil Huqaiq Serta Qais Bin Zaid, Daripada Orang2 Yahudi Yang Bergaul Secara Sulit Dengan Sesetengah Orang2 Ansor Untuk Memfitnahkan Mereka Dalam Agama. Maka Tampillah Tiga Sahabat Iaitu Rifa'ah Bin Mundzir, Abdullah Bin Jubair Serta Saad Bin Haithamah Menasihati Mereka Dengan Berkata: "Kamu Jauhilah Orang2 Yahudi Itu.." Tetapi Mereka Enggan Bahkan Bersulit Sulit Juga Dengan Mereka Maka Allah Turunkan Ayat Yang Ertinya:
"Janganlah Orang2 Mukmin Mengambil Orang2 Kafir Menjadi Pemimpin Dengan Meninggalkan Orang2 Mukmin..."
Jelasnya:
Orang2 Mukmin Ditegah Melantik Orang2 Kafir Menjadi Ketua Atau Pemimpin Mereka, Disebabkan Dia Itu Kerabatnya Atau Sahabatnya Atau Jirannya Atau Apa Saja Yang Kena Mengena Dengan Persahabatan Dan Pergaulan, Bahkan Hendaklah Didahulukan Orang2 Yang Dapat Menjamin Kebaikan Dan Maslahat Agama Serta Umat Islam. Tetapi Jika Pengetuaan Dan Kerjasama Dengan Mereka Didasarkan Atas Maslahat Orang2 Islam Tidaklah Ditegah. Kerana Nabi SAW Sendiri Pernah Bersetia (Membuat Perikatan) Dengan Suku Kaum Khuzaah Padahal Mereka Orang Musyrik. Begitu Pula Tidak Ditegah Percaya Mempercayai Dengan Orang Yang Bukan Islam Didalam Pergaulan Yang Baik Dan Urusan Keduniaan.
"Dan Sesiapa Yang Berbuat Demikian, Tidaklah Ia Daripada Agama Allah Sedikit Jua Pun.."
Yakni:
Sesiapa Yang Melantik Orang Kafir Menjadi Ketuanya (Pemimpin) Dengan Meninggalkan Orang2 Mukmin Sendiri, Yang Menyebabkan Kerosakan Maslahat Agama, Tidak Dapat Di Anggap Usahanya Itu Dianggap Sebagai Suatu Kelulusan Daripada Agama, Dia Tidak Mesti Ditaati, Tidak Boleh Dianggap Menjadi Pendukung Agama, Tali Keimanan Antara Dia Dengan Tuhannya Putuslah Sudah Dan Tergolonglah Dia Sebagai Orang Kafir Kerana Pada Ayat Yang Lain Allah Ber Firman:
"Barangsiapa Daripada Kamu Mempertuankan Mereka, Maka Sesungguhnya Dia Daripada Mereka.." (Al Maidah: 51)
"Kecuali Jika Kamu Takut Kepada Mereka Oleh Sesuatu Yang Ditakutkan.."
Maksudnya:
Mempertuankan Orang Kafir Untuk Orang Mukmin, Atau Bersulit Sulit Dengan Mereka, Atau Meletakkan Kepercayaan Kepada Mereka, Atau Bermesra Dengan Mereka, Hukumnya Adalah Wajib Meninggalkannya Atau Menjauhkannya Sama Sekali Di Dalam Segala Hal Dan Keadaan, Kecuali Pada Masa Ketakutan Oleh Sesuatu. Misalnya (Mengikut Al Khazin): Dilarang Orang Mukmin Mempertuankan Orang Kafir Atau Bermesra Dengan Mereka Atau Meletakkan Kepercayaan (Bersulit Sulit) Dengan Mereka, Kecuali Apabila Orang Kafir Itu Lebih Ramai Dan Lebih Berkuasa Dengan Nyata, Sedang Orang Mukmin Sedikit Dan Berada Pula Dikalangan Mereka, Maka Bolehlah Orang Mukmin Tersebut Bermesra Dengan Mereka, Hanya Dengan Lidahnya Sahaja, Sedang Hatinya Hendaklah Tetap Tenteram Dengan Keimanan Untuk Mempertahankan Diri Yang Tidak Sampai Pula Melakukan Penghalalan Pada Darah Yang Haram Menumpahkannya, Atau Pengambilan Harta Yang Haram Menguasainya, Atau Melakukan Segala Jenis Larangan Yang Di Haramkan Oleh Agama, Ataupun Menyingkapkan Kepada Orang Kafir Aurat (Rahsia) Orang Mukmin...
Takut Disini Tidak Dapat Diakui Sebagai Suati Ketakutan Kecuali Takut Dibunuh Yang Disertai Pula Adanya Niat Yang Baik.
Al-Maraghi Mentafsirkan Ayat2 Ini Seperti Berikut: Bahawa Meninggalkan Perlantikan Orang Kafir Oleh Orang Mukmin Itu Wajib Pada Setiap Keadaan, Kecuali Oleh Sesuatu Yang Menakutkan. Ketika Itu Bolehlah Berjaga Jaga Seberapa Daya Mengikut Kadar Yang Ditakutkannya Itu Kerana Kaedah Syarak Itu Menetapkan:
"Bahawa Menolak Bencana Itu Mesti Didahulukan Dari Menarik Perkara Yang Mendatangkan Faedah..."
Dengan Alasan Ini, Jika Dibolehkan Melantik Mereka Kerana Takutkan Mudarat, Maka Akan Lebih Utama Lagi Dibolehkan Yang Demikian Itu Oleh Sebab2 Yang Mendatangkan Faedah Bagi Orang Islam. Jadi Tidak Ada Halangan Kerajaan Islam Mengadakan Perikatan Dengan Kerajaan Yang Bukan Islam Untuk Faedah, Yang Kembalinya Kepada Keutamaan Sama Ada Untuk Menolak Yang Mudarat Atau Menarik Manfaat. Tetapi Perlantikan Itu Tidak Boleh Diadakan Jika Mendatangkan Mudarat Kepada Orang Islam. Perlantikan Yang Demikian Bukanlah Terbatas Pada Masa Orang Islam Lemah,Bahkan Dibolehkan Dalam Sebarang Masa..
Para Ulama Telah Mengambil Istinbat Pada Dari Ayat Ini Iaitu: Dibolehkan Berlaku Takut, Umpamanya Seseorang Berkata Atau Berbuat Yang Berlawanan Dengan Yang Sebenar (Yang Hak) Dengan Maksud Menjauhi Bencana Musuh Yang Akan Membawa Kepada Hilang Nyawa, Kehormatan Dan Harta Benda. Kalaulah Seseorang Itu Melafazkan Kata2 Kufur, Kerana Terpaksa Bagi Mengelakkan Dari Dibunuh Sedang Hatinya Tenteram Dengan Keimanan Tiadalah Menjadi Kafir, Bahkan Dimaafkan. Sebagai Yang Berlaku Kepada 'Ammar Bin Yasir Ketika Dipaksa Oleh Orang Quraisy Makkah Supaya Kufur, Maka Dia Telah Lakukan Dengan Terpaksa, Sedang Hatinya Penuh Dengan Keimanan. Hal Ini Merupakan Suatu Keizinan (Rukhsoh) Kerana Adanya Darurat Yang Datang, Dan Bukanlah Merupakan Dasar Agama Yang Akan Diikuti Selama Lamanya.
"Allah Mempertakuti Kamu Dengan Diri-Nya, Dan Kepada Allah Tempat Kembali.."
Yakni:
Allah Memepertakuti Kamu Dengan Diri-Nya Iaitu Penyeksaan-Nya Ke Atas Orang Yang Melantik Orang Kafir Dan Ke Atas Orang Yang Melanggar Larangan, Atau Menyalahi Perkara2 Yang Diperintahkan. Dan Kepada Allah Tempat Kembalinya Semua Makhluk Yang Akan Dibalas Semua Amalannya...
____________________________________________________________________________
Andai Kata Tuduhan Menjadikan Orang Kafir Itu Pelindung, Sama Sekali Tidak Benar... Adakah Melakukan Suatu Perikatan Dengan Orang Kafir Itu Dikatakan Mengambil Sebulat Kata Seseru Hati Sebagai Pelindung? Di mana Logiknya? Adakah Kita Terancam Dan Ketakutan Di Negara Sendiri? Jelasnya Di Mana2 Sahaja Akan Terdapat Umat Islam Yang Akan Terpecah Dua...
"Akan Datang Pada Akhir Zaman Di Mana Umatku Berpecah Belah Sesama Mereka.."
Jika Sebelah Pihak Itu Hanya Mendatangkan Lebih Mudarat Daripada Faedah..Kenapa Tidak Memeterai Perikatan Dengan Orang Kafir Jika Mendatangkan Lebih Faedah Daripada Kemudaratan? Senaraikan Jika Ada Kemudaratan Yang Telah Di Bawa Oleh Orang Kafir Di Negeri Yang Didakwakan Itu...Bukan APA Yang Akan DIBAWA Oleh Mereka Itu Yang Mendatangkan Kemudaratan...Adakah Dengan Melantik Mereka Maka Negeri Itu Agama Rasminya Bukan Lagi Agama Islam? Bukankah Negara Ini Mengamalkan Persahabatan Dengan Negara2 Yang Pemimpinnya Adalah Orang Kafir? Bukankah Jalinan Perikatan Itu Merupakan Jalan Untuk Mendapatkan Faedah Dari Segi Ekonomi? Maka Apa Bezanya Dengan Negeri Ini Dengan Negara Naungannya?
Dari Apa Yang Saya Pelajari Selama Ini.. Apa Yang Saya Dengar Dari Mulut Waris Rasul Allah Muhammad SAW Yakni Ulama.. ISLAM Di Negara Ini Merupakan ISLAM WARISAN.. Bukan ISLAM Yang Sebenarnya..Beramal Mengikut Warisan Turun Temurun..Mengangkat Adat Dan Resam Lebih Daripada Mengangkat Agama ISLAM..Payung Perjuangan Bangsa Lebih Relevan Daripada Perjuangan Panji2 ISLAM..Inilah ISLAM Di Negara Ini...Tidak Semua Tetapi Sebilangannya Adalah Sebegini...
Sesungguhnya Sekarang Ialah Akhir Zaman..Zaman Di Mana Pangkat Darjat Wang Dan Kekayaan Adalah Menjadi Keutamaan..Berdustalah Mereka Yang Menidakkan Perkara Ini Kerana Ianya Merupakan Hadis Rasul Allah Muhammad SAW...Mengatakan Tidak Bererti Mengingkari Rasul..Mengingkari Rasul Samalah Dengan Menderhakai Allah SWT...Jika Menafikan Bererti Betapa Hipokritnya Mereka Berselindung Di Sebalik Perjuangan Agama Bangsa Dan Negara Yang Sebenarnya "Berjuang Guna Nama Agama Untuk Kebaikan Bangsa (Yang Terpilih) Dan Berkuasa Di Dalam Negara..." ISLAM Itu Untuk SEMUA...Tidak Kira Apa Bangsa Apa Agama Mereka Yang Berada Di Bawah Naungan Satu Bendera..
"Akan Datang Di Akhir Zaman Golongan Yang Menggunakan Ayat Allah (Al Quran) Pada Sebahagian Sahaja Dan Sebahagian Lagi Di Sorokkan Mereka Bagi Kepentingan Diri Sendiri..."
Wassalam..
Chi Mi Sono..?
- Andriy Syukri Krevalichenko
- Addicted To Hate I Take More Everyday..The Smile On Your Face Fades..And Horror Takes Its Place..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment