Kata Orang, Kalau Dah Suka Tu Memang Payah Sangat2 Nak Dilupakan..Memang Benar Bagai Didengarkan Itu. Tatkala Diriku Ini Mengelamun Sejenak Di Tabir Rasa Cinta Yang Amat Mendalam, Rupanya Aku Hanya Bertepuk Sebelah Tangan, Masuk Bakul Angkat Sendiri Dan Macam2 Lagi Peribahasa Melayu Yang Boleh Diumpamakan Pada Situasi Aku Ini. Kadang2 Tu Terfikir Juga, "Kalau Ku Tahu Akan Jadinya Perkara Ini Tidaklah Mahu Aku Dipertemukan Dengan Nya Ya Allah.." Bila Direnungkan Kembali.."Ya Allah, Andai Ini Yang Telah Engkau Tetapkan Untuk Aku, Aku Bersyukur Kepada Mu, Jika Terdapat Hikmahnya Di Sebalik Pertemuan Yang Engkau Pertemukan Ini, Kau Permudahkan Dan Kau Tunjukkan Lah Jalan Untuk Ku Dan Jalan Untuk Dia Ya Allah..."
Pada Tahap Aku Sudah Hilang Sabar (Tidak Lagi Putus Asa Sebenarnya) Aku Cuba Melakukan Sesuatu Yang Aku Tidak Tahu Sama Ada Ianya Elok Atau Tidak, Bagi Diri Aku. Mahu Tidak Mahu Aku Harus Berani Mencuba. Apa Yang Aku Lakukan?Aku Cuba Melupakan Dia. Ya, Memang Nampak Seperti Aku Berputus Asa Namun Hakikatnya Aku Cuba Menyelami Rasa Hatiku Ini. Andai Dapat Aku Saksikan Kepada Dia Akan Keadaan Aku Ketika Melalui Saat Untuk Melupakan Dia, Akan Aku Tayangkan. Namun Isi Hati Tiada Siapa Yang Tahu Kecuali Allah Dan Diri Ku. Betapa Teruknya Keadaan Aku Ketika Itu. Sudahnya Ketika Itu Aku Sudah Ketiadaan Kerja Akibat Kegawatan Ekonomi Sekarang Ini. Bukan Menagih Simpati Atau Mengadu Domba Tetapi Sebagai Memperlihatkan Apa Yang Aku Alami Lahiriah Dan Batiniah.
Lahiriah Aku Terlihat Seperti Amat Terseksa Menderita Sakit. Halnya Hanyalah Kerana Aku Tidak Menjamah Apa2 Untuk Tempoh Seminggu. Sudahlah Begitu, Aku Tidak Dapat Untuk Melelapkan Mata Kerana Aku Tahu Yang Aku Akan Terbayang Wajah Ketika Lena Aku Nanti. Hasilnya Wajah Dan Mataku Kelihatan Seperti Seorang Penagih Dadah. Dari Batiniah Aku Mengalami Kerinduan Yang Amat Sangat. Sudah Lama Tidak Aku Alaminya Yang Mana Kali Terakhir Aku Alaminya Tatkala Arwah Ayah Ku Meninggal Dunia. Sebak Yang Amat Sangat. Mana Tidak Jika Keikhlasan Yang Kita Hulurkan Dibalas Dengan Kekosongan. Terasa Hinanya Diri Ini. Peliknya Tatkala Manusia Itu Tidak Berlaku Ikhlas Ada Sahaja Yang Membalas Dengan Penuh Erti Yang Akhirnya Menghancurkan Diri Dan Meremukkan Hati Juga Minda.
Aku Gagal. Gagal Untuk Melupakan Dia. Mengapa?Kebanyakan Rakan Dan Saudara Yang Aku Tanyakan, Banyak Yang Memberi Pandangan "Jika Allah Ada Merancangkan Sesuatu Itu Mengikut Yang Telah Ditetapkan, Tiada Dapat Tidak Mungkin Akan Dapat Di Ubah Lagi. Kalau Melupakan Itu Gagal, Bermakna Bukanlah Kita Yang Gagal Tetapi Allah Tidak Menetapkan Perkara "Melupakan" Itu Di Dalam Kisah Hidup Kamu Ini.." Aku Agak Terkejut Dan Bila Di Renungkan. Mungkin Ada Benarnya. Mungkin Ada Kisahnya. Mungkin Ada Jalannya. Cuma Aku Sahaja Yang Belum Menjumpainya.Sampai Kini, Aku Masih Lagi Ada Pengharapan. Aku Nanti Dengan Penantian Yang Aku Sendiri Tidak Tahu Di Mana Titik Permulaan Juga Pengakhiran. Maka Dengan Ini Aku Meletakkan Tawakkal Aku Kepada Mu Ya Allah. Telah Aku Ikhtiar. Telah Aku Bermohon. Telah Aku Usaha. Kini Yang Ada Daya Padaku Hanya Lah Berserah Dan Bertawakkal Kepada Mu Tuhan Yang Maha Besar Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Penyayang.
Chi Mi Sono..?
- Andriy Syukri Krevalichenko
- Addicted To Hate I Take More Everyday..The Smile On Your Face Fades..And Horror Takes Its Place..
Sunday, 12 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
awk sabar k..setiap yg berlaku tuh ade hikmahnya..
ReplyDeletebak kate kwn sy yg teramat awk kenal..
hdp mane yg xe mslh,semua org de mslh..yg bezenya cra kite hndle mslh tuhh..
hum...kenapa sy rs bersalah plak bile baca ni ek??
ReplyDeleteawk rs sy ni teruk sgt kew??