readbud - get paid to read and rate articles

Chi Mi Sono..?

My photo
Addicted To Hate I Take More Everyday..The Smile On Your Face Fades..And Horror Takes Its Place..

Sunday, 12 April 2009

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim...

"Dan Dialah Yang Menjadikan Langit Dan Bumi Dengan Sebenarnya Dan Pada Hari Tuhan Mengatakan "Jadilah Engkau!" Maka Jadilah Ia. Perkataan Nya Adalah Benar, Dan Dia Mempunyai Kerajaan Pada Hari Serunai Sangkakala Itu Di Tiupkan. Dia Mengetahui Perkara Ghaib Dan Yang Kelihatan, Dan Dia Adalah Maha Bijaksana Lagi Mengetahui.."

Surah Al - An'am Ayat 73..

*"Dan Dialah Yang Menjadikan Langit Dan Bumi Dengan Sebenarnya
"

Yakni:
Allah Itulah Yang Menjadikan Keduanya Dengan Kekuasaan Dan KudratNya, Mengikut KetetapanNya Yang Berjalan Terus. Janganlah Manusia Menganggap Keduanya Dijadikan Dengan Sia2, Tetapi Itulah Bukti Bahawa Allah Itu Sebenarnya Ada. Sebagai Menguatkan, Ada Ayat Yang Lain (Surah Ali Imran Ayat 191) Berbunyi:

"Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau Jadikan Ini Sia2.."

Dan Ayat (38 Dan 39 Surah Ad - Dukhan) Yang Berbunyi:

"Dan Kami Tidak Menciptakan Langit Dan Bumi Dan Apa2 Yang Ada Di Antara Keduanya Untuk Permainan...Dan Tiadalah Keduanya Kami Jadikan Melainkan Dengan Tujuan Yang Benar..."

*"Dan Pada Hari Tuhan Mengatakan "Jadilah Engkau!" Maka Jadilah Ia"

Yakni: Ingatlah Akan Hari Dimana Allah Mengatakan Kepada Langit Dan Bumi: "Jadilah Engkau!" Maka Jadilah Ia. Atau Dimaksudkan Ianya Hari Kiamat, Maka Inilah Dalil Yang Menunjukkan Betapa Cepatnya Dijadikan Hari Ba'ath(Kebangkitan) Dan Juga Mengadakan Hisab(Perkiraan) Yang Seolah Olahnya Ayat Ini Jelasnya Demikian: "Ingatlah Akan Hari Kiamat Dimana Allah Mengatakan Kepada Semua Makhluk: "Matilah Kamu Semuanya, Kemudian Bangunlah Untuk Di Hisab!" Maka Bangun Lah Semua Makhluk Tersebut Menjadi Hidup Semula"..

Al - Khazin Menyebutkan Firman Allah Yang Berbunyi "Kun Fayakun" Ini Menjadi Dalil Bahawa Kalamullah (Perkataan Allah) Itu Bukanlah Makhluk, Kerana Makhluk Tidak Di Jadikan Oleh Makhluk Yang Lain, Tetapi Allah Lah Yang Menjadikannya...

*"Perkataan Nya Adalah Benar"

Yakni:
Maksudnya Perkataan Allah Yang Di Firmankannya Dengan Lafaz "Kun Fayakun" Itu Adalah Suatu Yang Benar, Betul Dan Berlaku, Tidak Diragu Ragukan Lagi.

*"Dan Dia Mempunyai Kerajaan Pada Hari Serunai Sangkakala Itu Di Tiupkan"

Yakni: Pada Saat Itu (Hari Kiamat), Dialah Yang Merajai Sekelian Alam, Walau Pada Sebilang Saat Kerajaan Alam Tetap Tetap Terpegang Di Tangan Atau Dalam Kekuasaan Allah. Tujuannya Menyebutkan Demikian Ialah Untuk Mengimbangi Akan Adanya Orang2 Yang Mendakwakan Dirinya Mempunyai Kekuasaan Yang Besar Di Dunia, Seumpama Firaun Dan Raja2 Yang Kejam Ataupun Diktator2. Semasa Itulah Kekuasaan Mereka Semuanya Telah Hilang, Lalu Mereka Pun Berterus Terang Mengakui Bahawa Kerajaan Alam Yang Sebenarnya Adalah Dikuasai Dan Dimiliki Oleh Allah Semata Mata. Dan Tahulah Mereka Apa Yang Mereka Dakwakan Diri Mereka Berkuasa Dalam Dunia Dahulu Adalah Suatu Dakwaan Kosong Dan Keliru, Bahkan Merupakan Kesombongan Dan Penipuan Belaka.

Mengenai Serunai Sangkakala Dalam Ayat Ini, Para Ulama Tauhid Ahlussunah Mengatakan: Ianya Ialah Serunai Yang Berbentuk Seperti Tanduk Yang Ditiup Oleh Malaikat Israfil Sebanyak Dua Kali. Adapun Ditiup Serunai Sangkakala Yang Pertama Menandakan Semua Yang Bernyawa Akan Mati Bergelimpangan Dan Alam Akan Binasa Semuanya Kecuali Beberapa Makhluk Lain Yang Allah Takdirkan Tidak Akan Hancur Seperti: Syurga, Neraka, Arasy, Kursi, Lauh, Qalam, Roh Dan Adjbu Dzanab (Tulang Tungking). Dan Tiupan Kedua Menandakan Semua Yang Telah Mati Dibangkitkan Dari Kubur Untuk Dikumpulkan DIpadang Mahsyar, Iaitu Dengan Mengembalikan Tiap2 Roh Kepada Masing2 Tulang Tungkin Yang Dipunyai OlehYang Bernyawa, Lalu Berjasadlah Ia Dan Menjadi Hidup Semula.

Di Riwayatkan Ibnu Umar, Bahawa Nabi (S.A.W) Telah Di Tanya Orang Tentang Serunai Sangkakala Itu, Nabi Menjawab:

"Ianya Ialah Tanduk Yang Ditiup.."

Dan Mengikut Riwayat Dari Ibnu Mas'ud Pula, Baginda Mengatakan:

"Ianya Seperti Bentuk Tanduk Yang Ditiup.."


Kemudian Allah Mengakhiri Ayat 73 Ini Dengan Firmannya:

*"Dia Mengetahui Perkara Ghaib Dan Yang Kelihatan, Dan Dia Adalah Maha Bijaksana Lagi Mengetahui.."

Kesimpulannya: Allah Menjadikan Langit Dan Bumi Serta Segala Isinya Dengan Sebenarnya, Yang PerkataanNya Adalah Hak Lagi Benar, Yang Merajai Alam Pada Hari Semua Makhluk Dihimpunkan Nya, Yang Mengetahui Perkara Ghaib (Tersembunyi) Dan Yang Kelihatan (Ketara), Yang Maha Bijaksana Dalam Meletakkan Sesuatu Pada Tempatnya, Lagi Mengetahui Segala Sesuatu Yang Sehalus Halus Seseni Seninya, Maka Tiadalah Patut Bagi Orang Yang Berakal Dan Tahu Menggunakan Akalnya Hendak Menjadi Kan Tuhan Selain Daripada Allah...





No comments:

Post a Comment