readbud - get paid to read and rate articles

Chi Mi Sono..?

My photo
Addicted To Hate I Take More Everyday..The Smile On Your Face Fades..And Horror Takes Its Place..

Saturday, 25 April 2009

Allah Dan Sifatnya..Allah Dan Hak Nya..

Recently Aku Terbaca Satu Bulettin Yang Bagi Aku Amat Menarik..Kelihatan Seperti Ada Seperkara Yang Kita Semua Tidak Faham Akan Maha Berkuasa..Agung Dan Sempurnanya Allah Itu..Apakah Butiran2 Bulettin Itu?Sama2 Kita Hayatinya..

"Allah Mempunyai Sifat Positif Yang Saturated..Apa Maknanya?Allah MAHA SEMPURNA... Campaklah KepadaNya Apa Jua Perkara Buruk Atau Jahat, Allah Tetap Akan Sempurna... Jelasnya Begini..Jika Kita Melakukan Kebaikan Pada Seseorang, Sudah Pasti Orang Itu Akan Suka Pada Kita..Jika Ibu Bapa, Mereka Akan Sayang Kita..Jika Suami Atau Isteri Juga Begitu.. Pada Kawan-Kawan Pun Sama..Tetapi Jika Kita Mengata, Mengutuk, Marah, Maki, Caci Dan Sebagainya..Orang Yang Sayang Kepada Kita Akan Berubah..Dari Suka Kepada Benci Atau Sekurang-Kurangnya Tidak suka..Tetapi Allah Tidak Begitu..Jika Kita Tidak Mengikut PerintahNya, Jika Kita Mempersoalkan Apa Yang Allah Takdirkan Dan Sebagainya, Tidak Sedikit Pun Kurangnya Rasa Kasih Sayang Allah Pada Kita..Allah Tetap Memberi Rezeki Kepada Kita..Tetap Mengurniakan Pelbagai Nikmat Seperti Diizinkan Untuk Terus Bernafas, Makan Minum Dan Seumpamanya.Begitulah Positifnya Allah SWT.. Jika Kita Campakkan Negatif Pada Allah, Allah Tetap Terus Positif..Allah Adalah Pencipta Kita. Segala Apa Yang Ada Di Langit Dan Di Bumi Dan Di Antaranya Adalah Milik Allah..Namun Pernahkah Kita Meminta Izin Pada Allah Untuk Menggunakan Sesuatu Milik Allah..Walaupun Pada Fizikalnya Adalah Milik Kita Seperti Rumah, Kereta Malah Anak-anak Dan Isteri..Tetapi Pada Hakikatnya Semua Itu Milik Allah Yang Dipinjamkan Kepada Kita..Pernahkah Kita Meminta Izin Untuk Meminjam Semua Itu Dari Allah?

Ceritanya Begini..Pernah Seorang Lelaki Mempunyai Jiwa Super Didatangi Sahabat Yang Kuat Minum Arak..Kawan Yang Ketagih Arak Ini Langsung Tidak Ingin Berubah..Amat Sukar Jika Sudah Ketagih Arak..Lelaki Jiwa Super Cuba Untuk Merubahnya..“Kamu Minta Izin Pada Allah Sebelum Minum Arak”, Kata Lelaki Jiwa Super..Sahabatnya Terkejut Kerana Kenapa Dia Perlu Minta Izin Pada Allah Sedangkan Dia Ingin Minum Arak..Tetapi Akur Untuk Mencubanya..Sejak Hari Itu, Sahabat Itu Sentiasa Meminta Izin Pada Allah Setiap Kali Minum Arak..“Ya Allah, Aku Meminta IzinMu Untuk Minum Arak Ini”, Lalu Sahabat Itu Meminum Arak..Setiap Masa Apabila Minum Arak, Pasti Keizinan Dari Allah Dimintanya..Sebulan Berlalu.. Sahabat Berjumpa Semula Dengan Lelaki Jiwa Super..Sahabat Berkata..“Saya Sudah Berubah..Tidak Lagi Minum Arak..Alhamdulillah..Saya Ingin Bertanya. Bagaimana Semua Ini Boleh Berlaku? Saya Minta Izin Daripada Allah Untuk Melakukan Perkara Tidak Baik, Namun Allah Beri Pada Saya Kekuatan Dan Menghilangkan Ketagih Saya Minum Arak”, Sahabat Ingin Tahu..“Allah Itu Maha Positif..Campaklah Apa Pun Perkara Sama Ada Positif Atau Negatif Pada Allah, Namun Allah Tetap Positif..Tetap Sayangkan HambaNya..Dia Tahu Perkara Yang Baik Dan Niat Yang Baik Dalam Diri Hamba2 Nya..Kerana Itu Dia Bukakan Hati Kamu Dan Menolong Kamu Untuk Mencapai Hajat Kamu Untuk Tidak Lagi Mahu Minum Arak”, Lelaki Jiwa Super Menjawab..Untuk Permulaan Ini, Marilah Kita Minta Izin Pada Allah Untuk Lewat Mengerjakan Solat 5 Waktu..Bukankah Ini Sering Kita Lakukan? Solat Dihujung Waktu..Kita Minta Izin Kepada Allah Begini…“Ya Allah Ya Tuhanku..Aku Mohon Nak Siapkan Kerja Ni Dulu Sebelum Solat..Lepas Siap Kerja Ini, Aku Akan Solat..Benarkanlah Aku Untuk Solat Lambat Aa Allah”
Atau “Ya Allah, Aku Nak Tengok TV Dulu Ya Allah..Lepas Ni Baru Aku Solat..Seronok Cerita Ni Ya Allah..Kalau Aku Solat, Nanti Terlepas Pula Ya Allah”..InsyaAllah, Lama-Kelamaan, Jika Diamalkan Anda Pasti Akan Lihat Perubahan Yang Besar..Allah Akan Masukkan Satu Perasaan Yang Membuatkan Kita Rasa Sentiasa Ingin Solat Tepat Pada Waktunya..Semoga Memiliki Jiwa Super.Amin~...."

Tengoklah Kawan2..Akan Apa Yang Anda Telah Baca Ini..Menarik Kan?Tapi Jangan Lah Pula Di Ambil Kesempatan Akan Perkara Ini Untuk Membuat Jahat Tanpa Rasa Bersalah Seolah Olah Allah Telah Mengizinkan Kita Pula Untuk Berbuat Jahat Setelah Di Minta Izin..Di Mana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan..Apa Sahaja Yang Kita Mahu, Insya Allah Akan Diberi Pertolongan Walaupun Baik Atau Jahat Perkara Itu..Tetapi Ingat Lah Yang Setiap Perbuatan Pasti Ada Balasan..Juga Nya..Baik Atau Jahat Balasan Itu..Bergantung Pada Allah..Dia Berhak Untuk Menghukum Kita Sesuka Hati Nya..Tanpa Mengira Siapa..Tanpa Mengira Kuat Ke Iman Kita Atau Tidak..Kalau Allah Mahu..Dia Berhak..Setiap Inci Diri Kita..Setiap Sudut Hidup Kita Adalah Milik Allah..

No comments:

Post a Comment