Bismillahir Rahmanir Rahim..~
Apabila Matahari Digulung..(1)
Dan Apabila Bintang2 Berjatuhan..(2)
Dan Apabila Gunung Ganang Dihancurkan..(3)
Dan Apabila Unta2 Yang Bunting Ditinggalkan(Tidak Diendahkan)..(4)
Dan Apabila Binatang2 Liar Di Kumpulkan..(5)
Dan Apabila Lautan Dijadikan Menggelegak..(6)
Dan Apabila Roh2 Disandingkan(Dengan Tubuh)..(7)
Dan Apabila Bayi2 Perempuan Yang Dikubur Hidup2 Ditanya..(8)
Tersebab Dosa Apabila Dia Dibunuh..(9)
Dan Apabila Catatan2(Amal Perbuatan Manusia)Dibentangkan..(10)
Dan Apabila Langit Dikupas(Dilenyapkan)..(11)
Dan Apabila Neraka Jahim Dinyalakan..(12)
Dan Apabila Syurga Didekatkan..(13)
Maka Tiap2 Jiwa Akan Mengetahui Apa Yang Dikerjakannya..(14)
Huraian:
Allah Membuka Surah Ini Dengan Menerangkan Terjadinya Hari kiamat Dan Digambarkan Kehancuran Alam Semesta Dengan Hebatnya..Kerana Pada Waktu Itu Sistem Perjalanannya Telah Dirosakkan Sama Sekali Yang Terdiri Daripada Matahari, Bintang2, Gunung Ganang, Lautan, Bumi, Langit, Binatang Ternak, Binatang Buas Termasuklah Juga Manusia..Mereka Ini Telah Digoncang Hebat Dengan Begitu Lama Sehingga Semuanya Pecah Berkecai, Segala Yang Wujud Sudah Tidak Ada Lagi Yang Tinggal, Semuanya Telah Berubah Oleh Berlakunya Hari Kiamat Yang Dahsyat Itu..~
Mula2 Di Gambarkan-NYA Matahari Itu Di Gulung, Cahayanya Pun Padam Dan Bintang2 Berjatuhan Dari Tempat Peredarannya. Gunung Ganang Tercabut Dari Muka Bumi Tersebab Gempa, Hancur Berterbangan Di Udara, Unta2 Yang Bunting, Iaitu Harta Yang Mulia Dan Berharga Di Sisi Bangsa Arab Akan Ditinggalkan Begitu Sahaja Oleh Tuannya Kerana Takut. Binatang2 Liar Mati Terkumpul Di Sarangnya Kerana Panik. Lautan Pula Berkeadaan Menggelegak, Kepanasan Dan Berakhir Menjadi Api Yang Menyala Nyala. Roh2 Manusia Yang Soleh Sesama Yang Soleh Di Dalam Syurga, Sedang Yang Kufur Sesama Yang Kufur Dalam Neraka.Pada Waktu Itulah Para Penjenayah Yang Telah Membunuh Anak Perempuan Mereka Hidup2, Akan Ditanya Mengapa Mereka Membunuhnya, Dan Disebabkan Dosa Apa Dia Dibunuh. Orang2 Arab Jahiliyah Biasanya Menanam Anak Perempuan Mereka Hidup2, Kerana Mereka Benci Kepadanya, Takut Mendapat Malu Di Kemudian Hari Tersebab Oleh Perbuatan Anak Perempuan Mereka. Amalan Mereka Seumpama Itu Pada Hari Kiamat Akan Disoal, Apa Dosanya Bayi Itu? Malah Dicela Lantaran Membunuhnya.
Sementara Itu Dimuka Pengadilan, Orang2 Yang Dibicarakan Pada Hari Kiamat Akan Diperkirakan Amalannya, Kemudian Dibentangkan Buku Catatan Amalannya. Pada Waktu Itu Langit Pun Dikupas, Seperti Mengupas Kulit Dari Seekor Domba. Maka Langit Itu Pun Akan Lenyap, Neraka Jahim Dinyalakan Apinya, Untuk Membakar Musuh2 Allah. Sedang Syurga Pula Didekatkan Kepada Para Penghuninya Daripada Kaum Mukmin Yang Takwa. Pada Waktu Itu Tiap2 Manusia Yang Bernyawa Akan Tahu Amalannya Yang Baik Dan Juga Yang Buruk Serta Mana Yang Diredhai Tuhan Lalu Diterima-NYA. Sedang Bagi Sesiapa Yang Riak, Bermuka Muka, Dan Berpura Pura Akan Ditolak-NYA. Masing2 Akan Dinilai Dan Ditimbang Dengan Neraca Kebenaran. Tentu Saja Allah Tidak Akan Menerima Apa Jua Amalan Seseorang Melainkan Yang Lahir Dari Niat Yang Suci, Berdasar Iman Serta Ikhlas, Semata Mata Mengharapkan Keredhaan Allah SWT...~
Chi Mi Sono..?
- Andriy Syukri Krevalichenko
- Addicted To Hate I Take More Everyday..The Smile On Your Face Fades..And Horror Takes Its Place..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
minta share ya..:)
ReplyDelete