skip to main |
skip to sidebar
100th Post - Mari Merenung Firman Allah..
Bismillahir Rahmanir Rahim..~
Hai Orang2 Yang Beriman..!Sekiranya Kamu Takut Kepada Allah, Nescaya Allah Akan Memberikan Kepada Kamu Pengetahuan Untuk Membezakan (Antara Yang Benar Dengan Yang Salah) Dan Dihapuskan-NYA Kesalahan Kamu Dan Diampuni-NYA Kamu. Dan Allah Itu Mempunyai Kelebihan Yang Besar.. (Al-Anfal:29)
Sesungguhnya Tuhan Kamu Ialah Allah, Yang Menjadikan Beberapa Langit Dan Bumi Dalam Enam Hari. Kemudian Ia Bersemayam Di Atas 'Arasy Seraya Mengatur Pemerintahan, Tiada Seorang Dapat memberi Pertolongan Melainkan Sesudah Di Izinkan-NYA. Itulah Allah Tuhan Kamu Maka Hendaklah Kamu Menyembah-NYA, Tidakkah Kamu Mahu beringat? (Yunus:3)
Dan Sekiranya Allah Menimpakan Bahaya Kepada Engkau, Maka Tidak Ada Yang Menghilangkan Kecuali Dia (Allah). Dan Sekiranya Allah Menghendaki Engkau Dalam Kebaikan, Maka Tidak Ada Yang Menghalang Kelimpahan-NYA, Diberikan Kelimpahan-NYA Itu Kepada Sesiapa Yang Dikehendaki-NYA Daripada Hamba2 NYA, Dan Dia Pengampun Lagi Penyayang.. (Yunus:107)
Katakanlah: "Dia Maha Kuasa Untuk Mengirimkan Seksaan Kepada Kamu Dari Atas Atau Dari Bawah Kakimu, Atau DijadikanNYA Kamu Beberapa Golongan (Yang Bertentangan) Dan Sebahagian Kamu Menimpakan Bahaya Kepada Sebahagian Yang Lain.." Perhatikanlah Bagaimana Kami Menjelaskan Keterangan2, Mudah Mudahan Mereka Mengerti.. (Al An'am:65)
(Maka Tidak Perlu Hairan Lah Mengapa Ada Bangsa Yang Bergaduh Sesama Bangsa Sendiri Ketika Ini..Dan Tidak Perlu Hairan Juga Jika Ada Pemimpin Atau Mereka Yang Ada Kuasa Menindas Mereka Yang Lemah Atau Mereka Yang Dipimpin..~ Sudah Termaktub Di Dalam Al Quran..Dan Ianya Merupakan Seksaan Kepada Manusia..Atas Dosa Mereka Sendiri..~)
Dan Dia (Allah) Mematikan Kamu Pada Waktu Malam (Menidurkan) Dan Mengetahui Apa Yang Kamu Kerjakan Pada Waktu Siang, Kemudian Pada Waktu Siang Itu Kamu Di BangkitkanNYA (Dibangunkan) Semula Untuk Menghabiskan Tempoh Yang Ditetapkan (Umur Yang Masih T...inggal), Sesudah Itu Kamu Di Kembalikan KepadaNYA Kemudian Di BeritahukanNYA Kepada Kamu Apa Yang Kamu Kerjakan.. (Al An'am:60)
No comments:
Post a Comment